Terms and Conditions

Product Display

Kami cuba mempamerkan gambar-gambar produk kami seperti keadaan yang sebenar untuk kesenangan anda dalam memilih produk. Walau bagaimanapun, kebarangkalian terdapat sedikit perbezaan dari segi warna yang dipamerkan disebabkan oleh pencahayaan, teknik-teknik fotografi dan resolusi skrin komputer.

Order

Tempahan boleh dibuat melalui website ini dengan menggunakan butang “CART” untuk memilih dan “CHECKOUT” setelah selesai membuat pilihan. Tempahan juga boleh dibuat secara manual dengan whatsapp ke nombor yang tertera “+60168781846” dengan menyatakan kod tudung.

Payment

Pembayaran perlu dijelaskan dalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat. Jika tiada pembayaran yang dibuat pada tempoh yang ditetapkan, kami akan membatalkan tempahan anda dan anda perlu membuat tempahan sekali lagi bergantung kepada stok semasa. Sila emailkan bukti pembayaran ke wafiycloset@gmail.com atau whatsapp +60168781846.

Shipping

Wafiycloset.com menggunakan khidmat penghantaran melalui poslaju. Bagi pembelian dengan pembayaran yang dibuat sebelum 12 tengahari, penghantaran akan dilakukan pada hari yang sama manakala pembayaran selepas 12 tengahari, penghantaran akan dibuat pada keesokan hari. Tiada penghantaran dilakukan pada hari sabtu, ahad dan cuti umum. Kami juga akan memaklumkan di website ini jika penghantaran tidak dapat dilakukan pada hari-hari tertentu oleh sebab-sebab yang tertentu.

Kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia ialah sebanyak RM5 manakala bagi Sabah dan Sarawak sebanyak RM7. Kos penghantaran hanya dikenakan sekali sahaja bagi setiap penghantaran. Pembelian bernilai lebih dari RM150 akan mendapat pengecualian kos penghantaran.

Privacy

Wafiycloset.com hanya mengambil maklumat seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat e-mail anda bagi tujuan penghantaran dan komunikasi dalam urusan jual beli. Kami tidak menggunakan, mendedahkan atau menjual maklumat ini kepada pihak lain bagi tujuan selain dari komunikasi dengan wafiycloset.com sahaja.

Security

Buat masa ini, kami hanya menerima pembayaran melalui apa sahaja medium yang dibenarkan ke akaun syarikat WC LEGACY SDN. BHD. di Maybank dan CIMB bank. Anda tidak perlu mendedahkan maklumat akaun atau kredit kad anda pada website ini. Oleh itu, keselamatan transaksi anda adalah bergantung kepada langkah-langkah keselamatan yang telah disediakan oleh pihak bank.

Wafiycloset.com reserves the right to update or modify this term and condition at any time without prior notice. For this reason, we encourage you to review these terms and conditions each time you use this website.