Koleksi Juliette Blossom Ini Membuatkan Kami Tidak Menang Tangan Melayan Permintaan Pelanggan

posted in: Instant Shawl 2 Muka | 0

Semasa bulan August 2016 yang lepas, kami telah mengeluarkan sambungan koleksi Juliette iaitu koleksi Juliette Blossom. Koleksi ini sedikit berlainan di mana jika sebelum ini koleksi gabungan shawl chiffon Juliette cuma tampil ‘plain’ atau kosong. Pada koleksi baru ini Juliette Blossom pula ditampilkan dengan “printed chiffon” corak bunga yang sangat menarik.

 

instant-shawl-chiffon-juliette-blossom-by-wafiy-closet

 

Koleksi Juliette Blossom ini adalah gabungan 2 material kain yang berbeza yang dijahit sekali dengan padanan warna yang menarik. Material “cotton” yang berkualiti digunakan untuk membentuk bahagian inner tudung. Material “chiffon printed” dengan corak bunga pula membentuk bahagian luar shawl.

Shawl chiffon dua muka dengan gaya “loose” longgar di bahagian luar ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari WafiyLovers. Ditambah pula dengan bahagian awning cotton yang mendapat sentuhan potongan awning baru bentuk V.

Sneak peek yang telah kami keluarkan ini juga membuatkan ramai yang bertanya bila shawl ini boleh dibeli.

 

Antara kelebihannya adalah:
> Senang dipakai semudah sarung dan sarung
> labuh depan dan belakang.
> perfect choice untuk dipakai harian atau majlis2 istimewa
> corak-corak bunga dan warna yg sangat OHSEM
> inner dijahit sekali dengan shawl.. sangat menjimatkan masa..
> datang bersama label besi “wafiycloset”

 

Koleksi ini dikeluarkan dengan 13 corak menawan untuk pilihan anda. Anda boleh melihatnya di ruangan Instant Shawl Juliet dengan kod JB dan Juliet (kod JL). (Stok yang telah habis akan kami keluarkan dari page)

Leave a Reply